Friday, January 6, 2012

Demo UPSI: Bakal Guru Keluaran UPSI bUKAN seperti yg d'perkatakan..


Gara2 demo tmpoh hari cm2 tempias yg d'lemprkn kpd mahasiswa UPSI..
wALAUbgaimanapun seorg insan iaitu sahabat p'juangan kita telah
m'yuarakn luahn hatinya n m'wakili mahaswa/siswi tok p'thnkn kta semua..
AlhamDulillah..


Isi suratnya:

Kejadian mahasiswa berdemonstrasi
di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
pada 1 Januari lalu telah menimbulkan pelbagai perspektif
terhadap golongan mahasiswa khususnya mahasiswa UPSI itu sendiri.

Media cetak mahupun media elektronik menyiarkan pelbagai berita dan liputan berkenaan isu tersebut.
Saya tidak mengulas kejadian demonstrasi secara mendalam, cukuplah media menyajikan pelbagai bentuk berita.
Cuma, apa yang saya ingin jelaskan di sini berkenaan dengan tanggapan
atau perspektif masyarakat yang memandang isu ini lebih kepada sikap mahasiswa UPSI yang bakal bergelar seorang guru.

Pelbagai luahan, keluhan, pesanan atau komen dalam media elektronik khususnya laman sosial Facebook, blog, ruangan komen berita online lebih kepada tanggapan buruk antaranya
‘beginikah seorang guru suka berdemonstrasi’,
‘inikah sikap bakal guru yang akan mendidik anak bangsa’,
‘saya tidak mahu anak saya dididik guru begini’ dan pelbagai lagi.

Tanggapan masyarakat kita tidak dapat elak kerana apa yang mereka nampak,
perhatikan dan baca telah mewujudkan situasi sebegini.
Apa yang paling penting pada masa sekarang adalah untuk
membetulkan semula pelbagai tanggapan masyarakat ini.
Persoalannya, benarkah mahasiswa UPSI suka berdemonstrasi seperti kejadian ambang 2012?
Benarkah mahasiswa UPSI bersikap melampau seperti yang ditunjukkan dalam video rakaman?
Benarkah bakal guru keluaran UPSI tidak mampu mendidik anak bangsa?
Adakah jawapannya seperti pepatah Melayu katakan,
kerana nila setitik rosak susu sebelanga?.
Fikirkan...

Maklumat yang diberikan oleh rakan mahasiswa UPSI,
lebih kurang 70 mahasiswa terlibat dalam demonstrasi tersebut.
Kebanyakan mahasiswa ini datangnya dari IPT sekitar Lembah Klang dan
mahasiswa UPSI seperti yang dimaklumkan setakat ini yang terlibat
HANYA membabitkan 2 atau 3 orang sahaja termasuk mahasiswa
yang sedang menunggu perbicaraan 9 Januari ini.
Setakat ini, belum ada mana-mana mahasiswa UPSI berkelakuan
sebegini sejak 4 tahun yang lalu sepanjang pengajian saya.

Untuk makluman, sebelum kejadian pihak UPSI dan Polis
telah mengeluarkan nasihat atau amaran kepada mahasiswa UPSI
agar tidak melibatkan diri dalam demonstrasi tersebut lebih-lebih lagi
mahasiswa UPSI yang sedang dalam minggu ‘study week’ untuk menghadapi peperiksaan semester.

Jadi adakah kerana nila setitik ini kita terus
beranggapan bakal guru keluaran UPSI seperti itu semuanya?
Adakah kerana penglibatan dua atau tiga mahasiswa UPSI dalam
kejadian tersebut telah mengurangkan kepercayaan masyarakat terhadap
bakal guru untuk mendidik anak bangsa kelak? Kita perbetulkan semula persepsi dan tanggapan kita.

Bakal guru yang mengambil pengajian selama empat tahun
di UPSI telah dibekalkan pelbagai ilmu pendidikan
khususnya dalam mendidik anak bangsa mengikut bidang-bidang tertentu.
Kalau mereka yang terlibat dalam demonstrasi tersebut lebih memilih jalan perjuangan sebegitu, itu hak dan kebebasan mereka.

Janganlah disamakan dengan mereka yang tidak mahu terlibat langsung dalam hal sebegini.
Bagi seorang guru fokus kepada pengajian adalah lebih utama dan
dalam masa yang sama juga bakal guru perlu peka dengan dunia luar.

Sebenarnya bukan salah bakal guru tetapi salah individu itu sendiri
dalam memanfaatkan hala tuju ilmu yang dipelajari walaupun masih dalam pengajian.
Tempoh yang cukup lama untuk mengejar cita-cita bergelar guru dan dalam lingkungan empat tahun itu jugalah pelbagai dugaan melanda.


Isu demonstrasi di UPSI yang berakhir dengan kecederaan,
sedikit sebanyak menggambarkan betapa buruknya sikap seorang bakal guru yang menjerit,
baring di jalan raya, memanjat pagar kononnya tanggapan pelbagai pihak
itulah bakal seorang guru.
Sedangkan hakikatnya,
bukanlah seorang bakal guru berperangai sedemikian.
Itu semua budaya IPT luar yang cuba mengambil kesempatan dengan pelbagai isu ketika ini.

Saya bakal guru keluaran UPSI yang baru sahaja menamatkan pengajian
selama empat tahun berharap kepada pelbagai pihak khususnya masyarakat
di luar sana membetulkan semula persepsi yang tidak baik kepada kami.

Begitu juga kepada pengamal media cetak mahu pun media elektronik
memperbaiki segala penulisan tentang isu demonstrasi khususnya menyentuh siapa yang terlibat.
Apa yang saya nak katakan,
dalam 1 kepahitan 1000 kemanisan yang bakal kami aplikasikan
kepada anak-anak bangsa kelak lebih-lebih lagi panggilan temuduga
untuk bergelar guru seluruh IPTA untuk tahun ini dijangka bermula bulan Januari ini.

Khabar gembira ini sudah cukup menggembirakan walaupun berbulan-bulan menanti.
Selain itu, sumber berita juga menyatakan panggilan atau penempatan bakal guru untuk mendidik anak bangsa di seluruh negara dijangka pada bulan Mac nanti.

Besarlah harapan kami bakal guru keluaran UPSI dan bakal
guru IPT lain agar berjaya dalam temuduga kelak.
Anak-anak bangsa kita sedang menunggu untuk diberi
didikan dan bimbingan sebaik yang mungkin.

Nasihat saya kepada adik-adik yang masih dalam pengajian khususnya di UPSI,
fikirkan masa depan yang terbaik untuk semua pihak.
Ibu bapa lebih mengharapkan anda mendapat segulung ijazah hasil penat
lelah mereka mendidik anda dari kecil.
Anda memasuki IPT pun sudah membanggakan mereka,
apatah lagi pulang dengan kejayaan seterusnya mendapat pekerjaan.
Ibu bapa mana yang tidak berasa bangga?

Tidak salah berpolitik cuma berpolitiklah cara yang sihat,
tidak perlu meniru cara politik luar yang banyak karenah,
mahasiswa ada pengetahuan politiknya sendiri. Penglibatan dalam persatuan, program sedikit sebanyak membantu mengenal dunia politik.

Menumpukan sepenuhnya kepada pembelajaran tidak semestinya tidak terlibat dalam politik tetapi dunia serba canggih ini,
maklumat boleh diperoleh.
Mahasiswa sudah cukup dewasa untuk menganalisis,
menterjemah dan menganalisis segala sumber untuk
diadaptasi dalam pemikiran seorang mahasiswa.
Bagi mahasiswa yang lebih ke hadapan,
turut menyumbang idea dalam penulisan artikel dan ini platform
untuk mahasiswa bersuara dalam satu-satu isu kepada pelbagai pihak.

Kalau anda mengatakan anda golongan intelektual,
kenapa anda tidak menggunakan keintelektualan anda untuk berpolitik dengan lebih matang, bersikap rasional dan terbuka?
Kalau anda mengatakan anda kuasa mahasiswa,
perlukah kuasa mahasiswa anda itu diterbitkan dengan cara yang kasar?

Kalau benarlah anda sudah bijak membuat keputusan sendiri
dan bangkit sebagai bakal pemimpin,
kenapa tidak menggunakan bekalan itu untuk melakukan sesuatu bagi mengharumkan nama universiti? Kalau anda ingin bersuara,
kenapa anda tidak suarakan dengan pendekatan yang rasional?
Kalau anda kononnya suara masyarakat,
kenapa anda kurang menjalankan program untuk masyarakat?
Apa pun, kaji semula hala tuju perjuangan anda yang sebenar.
Mahasiswa inteleknya tinggi,
tinggi juga pendekatannya untuk mengelak diri dari dipergunakan oleh sesetengah pihak.
Fikirkan.

Sekali lagi saya tegaskan,
agar penulisan ini sekurang-kurangnya membuka mata ramai pihak
bahawa bakal guru keluaran UPSI tidaklah seteruk yang disangkakan.
Kami bakal guru sedaya upaya melakukan yang terbaik kelak.

Apa pun, betulkan semula tanggapan kita dan bersama bersatu hati
agar dasar pendidikan negara mendapat sokongan
sepenuhnya dari semua pihak untuk direalisasikan ke arah yang lebih baik lagi.
We LOVE UPSI.

-Bakal guru keluaran UPSI-

P/S: Saya pn Bakal guru Keluaran UPSI b'hrp sgt2 spti mna yg d'perktakan oleh rkn kita e2..
ap2 rezeki e2 ad d'tgn Allah S.W.T..
sy bngga n b'syukur m'jdi slh seorg warga UPSI.
Wsalam..

No comments:

Post a Comment