Wednesday, January 11, 2012

11/01 Khas untuk Satu-satunya Adikku Surani..


..inilah adik k.sue Surani..

Sempena Birtday dy ari nie
k.sue ad sedikit wkaf khas untuknya..

First of all, acuw nk wishkn “Happy Besday” 2 U....
Hari ke hari, bulan ke bulan, tahun ke tahun..
Rupa-rupanya adikku sorg nie dh msuk 16thun ye..hehe3
Sempena di hari ke lahiranmu ini, acuw nk wakafkn p’kongsian @pn nsiht tok adik..
Anggaplah nie sbgai hdiah istimewa dri kakakmu ini..
Di saat jari jemari nie m’naip, acuw sdg brada d’perantau org nun jauh disana..
Hanya doa n sms shja m’jdi p’hubung antara kita b’dua..
Acuw sentiasa doakan k’jyaan adik d’sana..

Truskan p’juanganmu yg s’trusnya kerna bnyk lagi p’juangan yg harus kamu tempuhi..
Wlaupun adik blum perolehi kajayaan baru-baru ini, itu tidak b’mkna adik gagal selama-lamanya..
Tetapi dengan kegagalan pada msa lalulah kita akn bngkit kembali untuk m’dptkn k’jayaan..
Orng yang cemerlang adalah org yg b’jaya selepas m’galami k’gagalan..
Acuw nk adik b’jya dan buktikan kpda kami semua yg adik boleh lakukannya..

Adik x rsa jelas ke dgn k’jayaan acuw sekrg??
Acuw bukan nk bnggakan diri ttpi hanya nk bgi contoh yg baik untuk adik..
Wahai adikku, kakak mana nak tgk adik dy gagal??
Kalau boleh acuw nk adik lintas k’jayaan acuw..
Buktikan adik boleh lakukannya tok pechkn record family..
Walaupun adik yg m’ngalami k’gagalan e2 ttpi acuw yg tumpg sedih kerna adik xdpt pintas acuw..
Setiap kakak mesti nkkn yg t’baik untuk adiknya n nakkn adiknya lebh baik drinya..
Begitu juga dgn kakak k’syagmu ini..



Wahai adikku, cubalah munasabahkn diri kita..
Kenapa kita boleh jdi mcm 2??
Cuba ambik masa sedikit n renungkknnya??
Mesti sedikt sebnayak puncanya drpada kita kn??

Sebelum acuw ke tahap ini, mcm2 acuw tempohi..
Suka & duka dlm p’juangan ilmu ini xkn tamat bgtu shaja..
Tetapi berkat doa mok n ayoh,
tgklah acuw sekrg d’sini kerna siapa??
Kerna dyorg dik..

Adik ingt x mcm mana reaksi mok blo taw acuw dpt ke UPSI??
Mok dtg peluk n nangis mso 2 taw..
Taw x knpa??
Cz doanya telh makbul..
Dia mahukan acuw jdi seorg cikgu..

Wahai adikku, p’juangan acuw d’matrik dulu sgtlah perit..
Tetapi kerna setiap kali t’ingat wajah abe long, ayoh n mok ketika m’hntr acuw,
Acuw bangkit n truskan sisa2 p’juanagan d’sana wlaupun penat..
Doa siang malam, tangisan p’juangan sentiasa m’nemani..
Betapa sukarnya p’juangan itu..
Tetapi sekrg acuw lega kerna acuw dh wt mok nangis k’gembiaraan...
Walaupun acuw blum jamin dpt b’jaya ke x ke masa hadapan..
InyAllah Allah sentiasa m’bntu kita kalau kita xlupa kepadanya..

So, sekrg dgn wakaf ini acuw s’kli lagi cabar adik supaya b’ljrlah b’sungguh2 demi mok n ayoh..
Adik x pernh t’fikir ke sempt ke x adik blas budi n jasa mereka??
Mesti pernah kn??
Saban hari siang dan malam acuw b’doa semoga d’beri kesemptn m’bls budi mereka..

Wahai adikku Surani,
Kedua IBU & Ayoh kita dh lanjut usia..
Belajarlah b’sungguh-sungguh wahai adikku demi mereka..
At least bgilah hdiah yg b’mkna untuk mereka..

Adikku, carilah model yang baik & contohilah mereka..
Adik bukan dh gagal Cuma belum b’jya lagi..
Sempena di tarikh mulia nie juga acuw doakan cita-cita adik t’cpai..
Sesungguhnya acuw sgt2 m’yayangimu wahai satu-satunya adikku surani..

Jadilah wakaf ini satu semanagt untukmu & sokongan jauh dari kakakmu ini..
Kakakmu ini xboleh nk nsihatkn mu hari-hari..
Acuw harapkan m’lalui wakaf ini adik akan ingt segala pesann acuw ini..
Bacalah bile rasa patah semangat..
Kdg2 coretan lebh bek dripada lisan..
M’nsihti dgn lisan sush nk m’lekt dlm minda..

Sebelum acuw akhiri wakaf yg xseberapa ini..
Acuw tgllkn adik dgn ayat-ayat semangat yg s’lalu acuw baca tok kembalikan semangat...




“Perjuangan sememangnya sukar dilalui, hebat dan dahsyatnya..
T’kdg meruntuhkan hati dan jiwa..”
“Kuatkan hati kerana yakin Allah S.W.T pasti m’mudahkan kita,
Andai kata semangt itu pergi,
Jgnlah lari dari p’juangan ini..
Yakinlah!!! Bahawasanya Allah sentiasa bersama kita..



Bila kau letih & hilang semngat,
Allah tahu kau telah mencuba sedaya upaya..
Bila tangismu b’pnjangan & hatimu k’dukaan..
Allah telah m’ngira titisan airmatamu..
Bila kau rasa k’tinggalan & masa m’ninggalkanmu,
Allah setia d’sisimu..
Bila kau telah mencuba sangat ttpi x taw tujuan,
Allah ada jalan penyelesaiannya..
Bila tiada yang b’erti buatmu, keliru & kecewa..
Allah adalah segala-galanya..

P/S: Apa-apa pun b’bliklah kpada fitrah..sentiasalah ingat kepadaNYA wahai adikku, pohonlah sebanyak mana doa yg kamu mahu pohonkn kepadanya..
Bekalkahlah ilmu Akhirat untuk m’hpinya kelak..(pesanan tok acuw sendiri gak)

Monday, January 9, 2012

Semoga baik2 saja...

Saat2 ankmu sdg b'juang dlm peperiksaan hari nie ngn k'pentn yg t'lmpau..
rupa2nye ayah kesyangan d'timpa kemalngan..
Ayah semoga baik2 saja..

K.sue xsgp lagi wt msa sekrg..
anakmu d'sini mmpu b'doa yg t'baik..
Ayah msti skit kn td??
erm..sedihnya..k.sue cm dpt m'rsai k'skitn e2
Kenpa degil sgt xnk p hospital??

wlaupun kdg2 kita xs'fhamn ttpi anakmu xpernh lupakn kau..
walau komuniksi kta jrg n kdg2 dingin..
2 x b'mkna k,sue xsyg..
n k.sue pn taw ayah sygkn k.sue..
kerna ankmu inilah hrpanmu sekrg..

Tggu k.sue taw..
semoga bek2 saja..
Ankmu d'sni s'lalu m'doakn k'sejhteraanmu n ibu t'syg..
Semoga Ayah d'lindungi Allah S.W.T selalu..

P/S: rasa nk terbg blik je saat m'dngr kbr tdi tpi p'juangn lum selesai..
sbr ye whai k.sue..gudluck 4 exam 2mrrow..

Friday, January 6, 2012

Demo UPSI: Bakal Guru Keluaran UPSI bUKAN seperti yg d'perkatakan..


Gara2 demo tmpoh hari cm2 tempias yg d'lemprkn kpd mahasiswa UPSI..
wALAUbgaimanapun seorg insan iaitu sahabat p'juangan kita telah
m'yuarakn luahn hatinya n m'wakili mahaswa/siswi tok p'thnkn kta semua..
AlhamDulillah..


Isi suratnya:

Kejadian mahasiswa berdemonstrasi
di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
pada 1 Januari lalu telah menimbulkan pelbagai perspektif
terhadap golongan mahasiswa khususnya mahasiswa UPSI itu sendiri.

Media cetak mahupun media elektronik menyiarkan pelbagai berita dan liputan berkenaan isu tersebut.
Saya tidak mengulas kejadian demonstrasi secara mendalam, cukuplah media menyajikan pelbagai bentuk berita.
Cuma, apa yang saya ingin jelaskan di sini berkenaan dengan tanggapan
atau perspektif masyarakat yang memandang isu ini lebih kepada sikap mahasiswa UPSI yang bakal bergelar seorang guru.

Pelbagai luahan, keluhan, pesanan atau komen dalam media elektronik khususnya laman sosial Facebook, blog, ruangan komen berita online lebih kepada tanggapan buruk antaranya
‘beginikah seorang guru suka berdemonstrasi’,
‘inikah sikap bakal guru yang akan mendidik anak bangsa’,
‘saya tidak mahu anak saya dididik guru begini’ dan pelbagai lagi.

Tanggapan masyarakat kita tidak dapat elak kerana apa yang mereka nampak,
perhatikan dan baca telah mewujudkan situasi sebegini.
Apa yang paling penting pada masa sekarang adalah untuk
membetulkan semula pelbagai tanggapan masyarakat ini.
Persoalannya, benarkah mahasiswa UPSI suka berdemonstrasi seperti kejadian ambang 2012?
Benarkah mahasiswa UPSI bersikap melampau seperti yang ditunjukkan dalam video rakaman?
Benarkah bakal guru keluaran UPSI tidak mampu mendidik anak bangsa?
Adakah jawapannya seperti pepatah Melayu katakan,
kerana nila setitik rosak susu sebelanga?.
Fikirkan...

Maklumat yang diberikan oleh rakan mahasiswa UPSI,
lebih kurang 70 mahasiswa terlibat dalam demonstrasi tersebut.
Kebanyakan mahasiswa ini datangnya dari IPT sekitar Lembah Klang dan
mahasiswa UPSI seperti yang dimaklumkan setakat ini yang terlibat
HANYA membabitkan 2 atau 3 orang sahaja termasuk mahasiswa
yang sedang menunggu perbicaraan 9 Januari ini.
Setakat ini, belum ada mana-mana mahasiswa UPSI berkelakuan
sebegini sejak 4 tahun yang lalu sepanjang pengajian saya.

Untuk makluman, sebelum kejadian pihak UPSI dan Polis
telah mengeluarkan nasihat atau amaran kepada mahasiswa UPSI
agar tidak melibatkan diri dalam demonstrasi tersebut lebih-lebih lagi
mahasiswa UPSI yang sedang dalam minggu ‘study week’ untuk menghadapi peperiksaan semester.

Jadi adakah kerana nila setitik ini kita terus
beranggapan bakal guru keluaran UPSI seperti itu semuanya?
Adakah kerana penglibatan dua atau tiga mahasiswa UPSI dalam
kejadian tersebut telah mengurangkan kepercayaan masyarakat terhadap
bakal guru untuk mendidik anak bangsa kelak? Kita perbetulkan semula persepsi dan tanggapan kita.

Bakal guru yang mengambil pengajian selama empat tahun
di UPSI telah dibekalkan pelbagai ilmu pendidikan
khususnya dalam mendidik anak bangsa mengikut bidang-bidang tertentu.
Kalau mereka yang terlibat dalam demonstrasi tersebut lebih memilih jalan perjuangan sebegitu, itu hak dan kebebasan mereka.

Janganlah disamakan dengan mereka yang tidak mahu terlibat langsung dalam hal sebegini.
Bagi seorang guru fokus kepada pengajian adalah lebih utama dan
dalam masa yang sama juga bakal guru perlu peka dengan dunia luar.

Sebenarnya bukan salah bakal guru tetapi salah individu itu sendiri
dalam memanfaatkan hala tuju ilmu yang dipelajari walaupun masih dalam pengajian.
Tempoh yang cukup lama untuk mengejar cita-cita bergelar guru dan dalam lingkungan empat tahun itu jugalah pelbagai dugaan melanda.


Isu demonstrasi di UPSI yang berakhir dengan kecederaan,
sedikit sebanyak menggambarkan betapa buruknya sikap seorang bakal guru yang menjerit,
baring di jalan raya, memanjat pagar kononnya tanggapan pelbagai pihak
itulah bakal seorang guru.
Sedangkan hakikatnya,
bukanlah seorang bakal guru berperangai sedemikian.
Itu semua budaya IPT luar yang cuba mengambil kesempatan dengan pelbagai isu ketika ini.

Saya bakal guru keluaran UPSI yang baru sahaja menamatkan pengajian
selama empat tahun berharap kepada pelbagai pihak khususnya masyarakat
di luar sana membetulkan semula persepsi yang tidak baik kepada kami.

Begitu juga kepada pengamal media cetak mahu pun media elektronik
memperbaiki segala penulisan tentang isu demonstrasi khususnya menyentuh siapa yang terlibat.
Apa yang saya nak katakan,
dalam 1 kepahitan 1000 kemanisan yang bakal kami aplikasikan
kepada anak-anak bangsa kelak lebih-lebih lagi panggilan temuduga
untuk bergelar guru seluruh IPTA untuk tahun ini dijangka bermula bulan Januari ini.

Khabar gembira ini sudah cukup menggembirakan walaupun berbulan-bulan menanti.
Selain itu, sumber berita juga menyatakan panggilan atau penempatan bakal guru untuk mendidik anak bangsa di seluruh negara dijangka pada bulan Mac nanti.

Besarlah harapan kami bakal guru keluaran UPSI dan bakal
guru IPT lain agar berjaya dalam temuduga kelak.
Anak-anak bangsa kita sedang menunggu untuk diberi
didikan dan bimbingan sebaik yang mungkin.

Nasihat saya kepada adik-adik yang masih dalam pengajian khususnya di UPSI,
fikirkan masa depan yang terbaik untuk semua pihak.
Ibu bapa lebih mengharapkan anda mendapat segulung ijazah hasil penat
lelah mereka mendidik anda dari kecil.
Anda memasuki IPT pun sudah membanggakan mereka,
apatah lagi pulang dengan kejayaan seterusnya mendapat pekerjaan.
Ibu bapa mana yang tidak berasa bangga?

Tidak salah berpolitik cuma berpolitiklah cara yang sihat,
tidak perlu meniru cara politik luar yang banyak karenah,
mahasiswa ada pengetahuan politiknya sendiri. Penglibatan dalam persatuan, program sedikit sebanyak membantu mengenal dunia politik.

Menumpukan sepenuhnya kepada pembelajaran tidak semestinya tidak terlibat dalam politik tetapi dunia serba canggih ini,
maklumat boleh diperoleh.
Mahasiswa sudah cukup dewasa untuk menganalisis,
menterjemah dan menganalisis segala sumber untuk
diadaptasi dalam pemikiran seorang mahasiswa.
Bagi mahasiswa yang lebih ke hadapan,
turut menyumbang idea dalam penulisan artikel dan ini platform
untuk mahasiswa bersuara dalam satu-satu isu kepada pelbagai pihak.

Kalau anda mengatakan anda golongan intelektual,
kenapa anda tidak menggunakan keintelektualan anda untuk berpolitik dengan lebih matang, bersikap rasional dan terbuka?
Kalau anda mengatakan anda kuasa mahasiswa,
perlukah kuasa mahasiswa anda itu diterbitkan dengan cara yang kasar?

Kalau benarlah anda sudah bijak membuat keputusan sendiri
dan bangkit sebagai bakal pemimpin,
kenapa tidak menggunakan bekalan itu untuk melakukan sesuatu bagi mengharumkan nama universiti? Kalau anda ingin bersuara,
kenapa anda tidak suarakan dengan pendekatan yang rasional?
Kalau anda kononnya suara masyarakat,
kenapa anda kurang menjalankan program untuk masyarakat?
Apa pun, kaji semula hala tuju perjuangan anda yang sebenar.
Mahasiswa inteleknya tinggi,
tinggi juga pendekatannya untuk mengelak diri dari dipergunakan oleh sesetengah pihak.
Fikirkan.

Sekali lagi saya tegaskan,
agar penulisan ini sekurang-kurangnya membuka mata ramai pihak
bahawa bakal guru keluaran UPSI tidaklah seteruk yang disangkakan.
Kami bakal guru sedaya upaya melakukan yang terbaik kelak.

Apa pun, betulkan semula tanggapan kita dan bersama bersatu hati
agar dasar pendidikan negara mendapat sokongan
sepenuhnya dari semua pihak untuk direalisasikan ke arah yang lebih baik lagi.
We LOVE UPSI.

-Bakal guru keluaran UPSI-

P/S: Saya pn Bakal guru Keluaran UPSI b'hrp sgt2 spti mna yg d'perktakan oleh rkn kita e2..
ap2 rezeki e2 ad d'tgn Allah S.W.T..
sy bngga n b'syukur m'jdi slh seorg warga UPSI.
Wsalam..

Tarikh Lahirku Dlm Bulan Islam

Alhamdulillah...
mlm nie k.sue ingin b'kongsi 1 p'kongsian..
mlm nie k.sue dpt taw tarikh lahir k.sue dlm buln Islam..
b4 nie pernh kira tpi bnyk yg ralat n x btol rpanya ap yg k.sue kira2..

Tol lah kta seorg adik nie dy kta mmng umur k.sue skrg 20thn tp dlm buln Islam dh msuk umur 21..
rpanya dh tuo ak rpanye..hehe3

Sbnrnya tarikh lahir k.sue
26/4/1991 AD (Jumaat) = 11/Syawal/1411 AH

sapa2 nk taw leh r layari Kementerian Hal Ehwal Ugama Negeri Brunie Darussalam..
Ap2 AllahuAlam..
sekian, wsalam...

Thursday, January 5, 2012

Tips Pelajar Cemerlang Bhgian 2

StUDY hard pn mstilh kne study smart gak kn??

OK, kita truskn b'kongsian k.sue ari nie..

Tip 31:
P'baiki hubungn kita dgn Allah n Allah akn m'perbaiki hubungn kita sesama manusia.

Tip 32:
Allah m'cipta kita bgi m'lengkapkn dunia ini.
Justeru, jadilah insan yg m'beri manfaat kpd makhluk di atas muka bumi.

Tip 33:
Semua org samada baik ataupun tidak, adlh aset kpd kita
n m'bwa k'baikan secara langsung @pn secara tidak langsung.

Tip 34:
Pelajar t'bilang sentiasa taat perintah Allah.
Dirikn sembahyang lima waktu dgn istiqamah.

Tip 35:
Pelajar yg ingkar perintah Allah tidak mungkin menjadi pelajar yg cemerlang.

Tip 36:
Pelajar yg cemerlang b'sedia m'bntu kawan n b'sedia d'bntu.

Tip 37:
Pelajar yg cemerlang dpt m'ngawal emosi n sentiasa ceria n b'semangat.

Tip 38:
Pelajar yg cemerlng m'punyai matlamat yg jelas, hebat dan dapat m'bakar semngatnya.

Tip 39:
Pelajar yg cemerlng mahir dgn strategik n teknik p'belajaran yg b'kesan n sentiasa tekun belajar.

Tip 40:
Pelajar yg cemerlnag m'punyai imej diri positif n yakin diri.

Tip 41:
Pelajr cemerlng tekun m'jalani riadah bgi m'jga k'sihatan fizikal n mental.

Tip 42:
p'mknn yg seimbang penting bgi m'jana p'mikiran yg cerdas n memori yg tajam.

Tip 43:
Pelajar dpt m'gingat sehingga 90% bhn yg d'pejari apabila d'aplikasikn dgn m'jwb soaln yg b'kaitan dgn bhan yg d'bca.

Tip 44:
Cari tempat tenang untuk belajar.
Elakkn m'dengar muzik semasa belajar.

Tip 45:
Belajar sambil m'dengar muzik m'gurgkn tumpuan n m'hakis k'berkatan Ilmu.

Tip 46:
Senyum sambil belajar m'bntu proses p'belajaran.

Tip 47:
Kaedah belajar paling b'kesan adlh dgn m'lakar peta minda.
Ttpi cuma 20% pelajar yg belajar m'ggunakn peta minda.

Tip 48:
Bangun pagi dgn t'senyum n b'doa spya s'pnjang hari m'jdi ceria n b'semanagt.

Tip 49:
Org yg sembira xsemestinnya t'senyum.
Ttpi org yg t'senyum pasti gembira.

So,senyumlah selalu..hehe3

Tip 50:
Apabila anda sudah biasa m'buat silap,
apa yg betul trasa silap n
yg silap terasa betul.

Tip 51:
Semua org m'punyai sumber yg d'perlukn untuk m'jdi org cemerlang.

Tip 52:
Peribadi dn prestasi kita sering d'pengaruhi oleh kawan2.
so, carilah kawan yg positif n cemerlang.

Tip 53:
Setiap k'giatan yg kita lakukn masih belum sempurna n masih boleh d'perbaiki.

Tip 54:
Org yg b'fikirn negatif m'punyai sepuluh kali gnda peluang m'dpt sakit b'bnding org yg b'fikirn positif.

Tip 55:
Maknn kpda p'yakit adlh p'mikirn yg kotor n negatif.

Tip 56:
Kunci p'bangunn diri adlh b'sedia m'lakukn p'rubhn positif wlaupn kecil, hari ini juga.

Tip 57:
Dgn m'didik org lain, kita akn m'yentuh k'hidupnnya s'pnjng hayat.

Tip 58:
Semua penyakit ada ubatnya.
Ubatnya ada di dlm diri kita.

Tip 59:
Buatlah k'baikn @ p'rubhn positif setiap hari seolah2 hari ini mungkin hari t'akhir di dunia ini.

Tip 60:
Org yg cemerlng suka m'lakukn p'kara yg org gagal tidak suka lakukn.

Tip 61:
Apabila anda berani m'ngaku b'slh, itu tanda anda semakin bijaksana.


Alhamdulillah akhirnya k.sue dpt m'beri sedikit p'kongsian kpda shbt2 k.sue
n share, copy pn k.sue bnrkn kerna niat k.sue memng nk b'kongsi wlaupun k.sue sndiri ilmu belum cukup n msh t'gapai2 brusaha tok m'jdi seorg mahasiswa yg cemerlng bahkan tok jdi manusia yg cemerlng....
INYAALLAH sama2 lah kita usahakan..mudh-mudahan Allah S.W.T sentiasa m'bntu kita
Yakinlah bhawa Allah S.W.T sentiasa ada d'sisi kita..ALLAHUALAM...

Kisah Benar : Mimpi pelajar UIA Berjumpa Rasulullah..

SubhanaAllah...
Amat b'rutungnya saudari Syamimi kita dpt b'temu dgn Rasulullah S.A.W dlm mimpinya..
k.sue nie lgilah amat jauh s'kli..
jujur ktakn k.sue b'linangan airmta saat m'bca kisah ini..
n k.sue p'cya shbt2 semua psti kn b'linangn airmta juga jika kita m'rindui Rasul kita yg amat mulia e2..

Kisah saudari Syamimi:

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani…
Ya Allah..lancar jari ini menaipkan sebuah pengalaman yg amat berharga dr seorang insan yg dipilih Allah utk berjumpa Nabi Muhammad s.a.w.
melalui mimpi hari Khamis, 16 Rejab 1427H bersamaan 10 0gos 2006.

Nama yg dipilih oleh ayah beliau adalah Syamimi yg bermaksud ‘kesayanganku’,
jua gelaran Nabi pada puteri kesayangan Baginda, Fatimah.
Ketika khilaf memilih nama itu, ayah beliau mengharapkan mudah2an
suatu hari nanti anaknya akan menjadi salah seorang mutiara kesayangan Rasulullah s.a.w.

Alhamdulillah, doanya makbul selepas 23 tahun kelahiran anak sulungnya daripada 8 adik-beradik.
Al-Quran 30 juzuk terpelihara kemas dalam hatinya.
Beliau menghabiskan masa 3 tahun utk menghafal 30 juzuk Kalamullah ketika berada di negeri kelahirannya.
Beliau hafal sendiri utk memenuhi harapan ibu ayah yang mengharapkan ada dalam kalangan anak mereka menjadi seorang hafiz atau hafizah.
Sebagai anak sulung, beliau mengambil tanggungjawab ini utk menjadi contoh kpd adik2 yg lain. Setiap hari beliau hafal 2 mukasurat Al-Quran dan tasmi’
dgn ustaz di sebelah rumahnya.
Sekarang beliau pelajar tahun 4 jurusan Undang-Undang Syariah di universiti ini.

Akak ni memang diuji dengan sakit yg tak tahu apa punca sejak lebih setahun yg lalu.
Sakitnya rasa seperti ditikam-tikam dengan pisau di bahagian belakang tubuhnya,
tambahan pula kaki yang sakit di bahagian lutut sejak 8 tahun lalu tidak pernah sembuh. Pernah satu ketika, selepas makan, beliau muntah bersama segumpal rambut dari kerongkongnya. Penderitaannya hanya Allah dan dia sendiri yang tahu.
Sudah lama beliau tidak terdaya ke kelas kerana sakit itu membuatkan dia tidak dapat berdiri atau berjalan.
Hilang selera makannya hingga badannya susut hampir 13 kg. Beliau hanya menggagahkan diri untuk pergi berwudhu’ 2 hingga 3 kali sehari. Wudhu’ itu dijaga sebaik mungkin untuk ibadah sepanjang hari.
Hari2 yang dilaluinya dipenuhi dgn membaca Al-Quran dan qiamullail sebagai pendinding daripada gangguan yg terus2an menyakiti diri.
Diceritakan makhluk2 halus itu akan mengganggunya terutama pada waktu sebelum Subuh, Zuhur dan Maghrib.
Beliau telah banyak berubat di merata tempat, berjumpa doktor2 pakar, malah ulama’ yg faqih dalam ilmu perubatan islam serta akhir sekali bertemu sorang lecturer di sini. Tapi beliau hanya mampu bertahan.

Pesan ustaznya, setiap kali beliau sakit, banyakkan baca Surah Al-Baqarah.
Pagi Khamis itu, beliau berniat utk hadir kuliyah sebab sudah terlalu lama tidak mampu ke kelas. Beliau bangun kira2 jam 4.30 pagi utk solat.
Berbekalkan sedikit kekuatan yg digagahkan, beliau ke bilik air utk berwudhu’ dgn memapah dinding dan segala apa yg mampu membantu beliau untuk berdiri.
Habis berwudhu’, beliau jatuh tersungkur, rasa seperti ada yg menolak keras dari belakang.
Tika itu beliau sudah tidak mampu berdiri, justeru beliau merangkak ke bilik.
Sampai saja di bilik, beliau ketuk pintu dan rebah di depan bilik tersebut.
Disebabkan sakit yg mungkin dah tak tertanggung, dengan spontan beliau niatkan,
“Ya Allah, kiranya mati itu baik untukku, aku redha, tapi kiranya Engkau ingin aku terus hidup, aku ingin dengar kata-kata semangat drpd Rasulullah s.a.w. sendiri..”

Kemudian beliau pengsan. Sahabat2 sebilik mengangkat beliau ke dalam biliknya
dan di baringkan di sana .
Waktu itu, sahabat2nya telah pun ‘forward message’ pd rakan2 yg lain agar
dibacakan surah Yasin kerana beliau nampak sudah nazak. Malah mereka telah sedia dgn nombor2 ahli keluarganya utk dihubungi kiranya ada apa2 berlaku dengan izin Allah.
Kira2 jam 11 pagi itulah, ketika tertidur dgn tenang dalam waktu qoilullah, beliau bermimpi. Beliau sedang terbaring dalam keadaan memakai telekung dgn tangannya diqiam seperti dalam solat di suatu tempat asing yang sangat cantik.
Beliau terbaring di sebelah mimbar dan kelihatan banyak tiang di sekitarnya.

Tiba-tiba datang seorang Hamba Allah dgn wajah yang bercahaya dari arah depan dan berdiri hampir sekali, kira2 2 meter dari beliau.
Wajahnya SubhanaLlah..indah sekali, tak dapat nak digambarkan.
Beliau tertanya2, siapakah orang ini? cantik sekali kejadiannya dan hati beliau rasa sangat tenang dgn hanya melihat wajahnya.
Dirasakan seluruh kesengsaraan yg ditanggung selama ini lenyap begitu sahaja. Kemudian, Hamba Allah itu mengatakan,
“Assalamu’alaikum, ana Rasulullah..” Subhanallah..baginda Nabi rupanya!
Nabi memakai jubah putih dan kain serban berwarna hijau di atas bahu baginda.
Beliau nampak dgn jelas mata Baginda Nabi, janggut Baginda, rambut Baginda, kain serban di atas bahu Baginda dan tubuh Baginda.
Kemudian Nabi katakan “Enti fil masjidi” (kamu sekarang berada di masjidku, Masjid Nabawi).. Allahuakbar!

Kemudian Baginda Nabi s.a.w. berkata: QalAllahuta’ ala; “InnaAllahama’ assobirin”
(sesungguhnya Allah bersama orang2 yg sabar).
Ketika mendengar suara Nabi mengalunkan Kalamullah,
terasa bergema suara merdu Nabi di seluruh alam.
Sememangnya Baginda sebaik-baik kejadian dan diciptakan dgn penuh kesempurnaan.
Nabi katakan (dalam lughahl arab, tp diterjemahkan di sini) ;
“Ya Syamimi, dengan berkat kesabaran enti, dgn sakit yg enti tanggung selama ini,
dan dgn berkat Al-Quran yg enti pelihara di dlm hati,
maka Allah bukakan hijab utk enti nampak ana..”
Ketika Nabi menyebut Ya Syamimi, terlintas di hatinya “Ya Allah..Baginda kenal ummatnya!”.
Ya Rasulullah… Ketika itu, beliau dapat merasakan baiknya Allah, memberikan nikmat yg begitu besar buat dirinya.

Kemudian Nabi katakan lagi;
“Sampaikan salamku buat sahabat2 seperjuangan Islam.
InsyaAllah, kita semua akan berjumpa nanti..” Nabi s.a.w. kemudian melafazkan;
“Ummati.. ummati..ummati…” dan beliau nampak jelas Nabi menangis saat itu.
Beberapa titisan airmata Baginda yg suci mengalir utk ummat Baginda!
Kemudian Baginda Nabi melangkah pergi. Beliau merintih,
“Jangan pergi Ya Rasulullah..” tetapi Baginda tetap pergi.
Subhanallah, walaupun kita tak pernah bersua dgn Nabi yg mulia,
Baginda kenal dan sentiasa ingat akan ummatnya.
Beliau sendiri tidak pasti, apakah Baginda menangis kerana rindu kepada ummatnya,
atau mungkin saja baginda sedih dgn ummat akhir zaman ini? wallahua’lam…
Sedar daripada tidur yg amat indah pengisiannya itu,
beliau masih dikelilingi oleh rakan2 yg turut terdengar rintihan beliau dalam tidurnya
“Jangan pergi Ya Rasululah…” Beliau kemudian menceritakan kpd para sahabat tentang mimpinya sekaligus menyampaikan salam Rasulullah buat ummat Baginda.
Semua yg mendengar menangis lantaran rindu pada Nabi.
Rasa malu pada Nabi krn kita jarang2 ingat pada Baginda sedangkan kita amat terhutang budi padanya.

Lebih2 lagi kita sedar bahawa hanya syafaat Bagindalah yg dikejar di akhirat kelak.
Ya Allah..ketika itu,
tiada kata yg lebih tinggi drpd kalimah Alhamdulillah utk di rafa’kan pada Allah atas ni’mat yg begitu besar yg Allah berikan pada dirinya.
Rasa tak layak dirinya menerima anugerah dgn ujian yg hanya sedikit berbanding insan2 yg lebih berat diuji oleh Allah.
Kiranya ada kalimah pujian yg lebih tinggi dr Hamdalah, pasti akan beliau sebutkan buat Allah Yang Maha Kaya.
Semuanya terangkum dalam Rahmat-Nya yg melimpah ruah.
Rasa sakit masih menular di tubuhnya. Cuma kali ini dia bertekad tidak akan menangis lagi utk kesakitan ini.

Usai solat Zuhur, rasa sakit yg ditanggung makin hebat.
Tak pernah beliau merasakan sakit yg sebegitu rupa.
Terasa panas seluruh badan dan seluruh tubuhnya rasa ditikam pada setiap penjuru.
Kalau dulu, beliau akan menangis dalam menghadapi kesakitan, namun pada waktu itu beliau pujuk diri utk tidak menangis.
“Apa sangatlah sakit yg aku tanggung ini berbanding nikmat yg Allah telah bagi utk melihat Baginda Nabi s.a.w..”
Kemudian beliau tidur.

Beliau terus rasakan berada di tempat tinggi,
tempat yg biasa hadir sepanjang beliau menerima gangguan.
Beliau katakan “Ya Allah, apa lagi yg hendak Engkau berikan buat hambamu yg hina ni,
rasa malu sangat dengan-Mu Ya Allah…”
Kemudian dgn izin Allah, datang empat orang yg berpakaian serba hijau. Salah seorang daripadanya mengatakan;
“Assalamu’alaikum Ya Syamimi..Rasulullah s.a.w. sampaikan salam buatmu.
Kami utusan Rasululah..Nahnu khulafa’ ar-rasyidin.
Ana Abu Bakr, ini Ummar Al-Khattab, Uthman bin ‘affan dan Ali..”
Subhanallah..Saidina Abu Bakr memperkenal dirinya dan ketiga2 sahabat yg mulia.
Beliau nampak sendiri, Saidina Abu Bakr yg amat lembut perwatakannya,
Saidina Ummar dgn wajah tegasnya, Saidina Uthman yg cantik sekali dan Saidina ‘Ali yg agak kecil orangnya.



Para Sahabat mengatakan;
“Kami diutuskan oleh baginda Nabi utk membantu enti..”

Kemudian keempat2 mereka membacakan ayat 102 surah Al-Baqarah yg bermaksud:

“Dan mereka mengikuti apa yg dibaca oleh syaitan-syaitan pada masa kerajaan Sulaiman.
Sulaiman itu tidak kafir tetapi syaitan-syaitan itulah yg kafir,
mereka mengajarkan sihir pada manusia dan apa yg diturunkan pada 2 malaikat
di negeri Babylon iaitu Harut dan Marut.
Padahal keduanya tidak mengajarkan sesuatu kepada seseorang sebelum mengatakan
‘sesungguhnya kami hanyalah cubaan (bagimu) sebab itu janganlah kafir.’
Maka mereka mempelajari dari keduanya (malaikat itu)
apa yang (dapat) memisahkan antara seorang (suami) denagn isterinya.
Mereka tidak akan dapat mencelakakan seseorang dgn sihirnya kecuali dengan izin Allah.
Mereka mempelajari sesuatu yang mencelakakan, dan tidak memberi manfaat kepada mereka.
Dan sungguh, mereka sudah tahu, barang siapa membeli (menggunakan sihir) itu,
nescaya tidak akan mendapat keuntungan di akhirat.
Dan sungguh, sangatlah buruk perbuatan mereka yang menjual dirinya dgn sihir,
sekiranya mereka tahu..”

Selesai membaca ayat itu,
para sahabat Nabi menghembus pada makhluk2 yang sedang mengganggu beliau dan mereka semua hancur terbakar.
Subhanallah..waktu itu terus terasa seolah2 tubuhnya yg sakit dahulu ditukarkan Allah s.w.t. dgn tubuh yg baru.
Hilang segala kesakitan yg setahun lebih ditanggung beliau dgn sabar.
Saidina Abu Bakr mengatakan;
“Inilah ganjaran besar dari Allah buat orang-orang yang sabar..”



Kemudian, para sahabat Nabi yg mulia pun pergi meninggalkannya.
Selesai mimpi indah yg kedua ini,
beliau bangun dr tidur dan terus duduk. Rakan2 sebilik pelik,
kenapa beliau dapat bangun dan duduk dgn mudah .
Kemudian sahabat2nya itu menyuruh beliau bangun berdiri dan
alhamduliLlah..dgn mudah beliau bangun berdiri dan berjalan d sekitar bilik.
“Ya Allah, penyakit ana dah sembuh..”
Semua sahabat yang ada di situ bergembira dan menangis.
Kemudian beliau segera ke bilik air untuk berwudhu’.
Dengan tubuh yang ‘baru’, beliau sujud syukur pada Allah s.w.t.
“Ya Allah, kiranya di beri tempoh sujud 100 tahun pun belum dapat diriku menjadi hamba-Mu yg bersyukur atas nikmat yg telah Engkau berikan..”

Beliau berpesan pada kami;
“Adik-adik, wajarlah para sahabat Nabi yang mulia sanggup mati demi mempertahankan Baginda. Akak yang diberi rezeki melihat Nabi tak sampai pun 5 minit dah rasa tak sanggup berpisah dengannya.

Kalau boleh, nak duduk je di bilik untuk beribadah pada Allah dan mengenang wajah Nabi yg mulia. Tapi menyedari banyak lagi taklifan dan tanggungjawab kita atas muka bumi Allah ini,
maka hidup mesti diteruskan. Sekarang ini hati akak tenang sangat..
kalau boleh, nak je akak pinjamkan hati ni walau hanya sesaat agar adik2 dapat merasakan betapa beningnya hati ini.
Tapi itu tak mungkin kan ,
mungkin ini bahagian akak, bahagian kalian? Hanya Pemiliknya Yang Maha Tahu.
Akhir sekali akak ingin katakan, tak rugi kita bersabar…”
Keperibadiannya indah.


Cerminan al-Quran katanya ‘Aisyah ra.
Dari semua aspek kehidupan, diperagakannya hanyalah kesyumulan.
Allah mengajar manusia berkehidupan di muka bumi ini melalui baginda.
Menuruti sunnahnya adalah pahala. Kasih sayangnya tiada bertepi,
dari yang kecil hingga yang tua, dari hamba hingga ke bangsawan,
dari dulu sampai sekarang, hingga ke akhirnya..
Dialah peribadi unggul sepanjang zaman. Mencintainya suatu kemuliaan…


Pernah suatu ketika Rasulullah berkumpul didalam satu majlis bersama para sahabat.
Tiba-tiba bergenang air mata baginda s.a.w.
Para sahabat gelosah melihat sesuatu yang tidakmereka senangi di wajah Rasulullah saw.
Bila ditanya oleh Saidina Abu Bakar ra,
baginda mengatakan bahawa terlalu merindui ikhwannya..
Saidina Abu Bakar sekali lagi bertanya Rasulullah saw,
“bukankah kami ini ikhwanmu?” Rasulullah menjawab, “Tidak, kamu semua adalah sahabatku.. ikhwanku adalah umatku yang belum pernah melihat aku tetapi mereka beriman dan sangat mencintaiku…
Aku sangat rindu bertemu dengan mereka..”
Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya bershalawat untuk Nabi.
Hai orang-orang yang beriman, bershalawatlah kamu untuk Nabi
dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya (al-Ahzab:56)



p/s: sungguh…berderaian air mataku mengalir..daku rindu akan dirimu..Ya Rasulullah!
(kisah ini dinukilkan oleh sahabat Syamimi hasil pengalaman benar yang telah dilalui..pernah disebarkan melalui e-mel & blog sebelum ini..)

sesungguhnya,ana sangat bersyukur kerana dilahirkan didunia ini sbgai ummat nabi Muhammad S.A.W…
banyakkan lah berselawat dan mendengar zikir..insyaAllah kita semua akan mendapt syafaatnya di Akhirat kelak..wallahu’alam..(*_*)

Sumber: http://www.informasi.my/mimpi-pelajar-uia-berjumpa-nabi-muhammad/

Wednesday, January 4, 2012

Kisah Cawan..

ASSALAMMUALAIKUM SEMUA..

Ok,mlm nie k.sue nk b'kongsi tntg 1 kish iaitu kish cawan..




Kisah ini m'rupakan satu teladan kpd kita semua tntang kenpa selama ini kita sering ditimpa dugaan yg adakalanya sukar untuk kita tanggung dan terlalu m'yakitkan.

Sepasang datuk dan nenek pergi belanja di sebuah kedai cenderamata untuk mencari hadiah buat cucu mereka. Kemudian mata mereka tertuju kepada cawan yang cantik. "Lihat cawan itu, "kata si nenek kpda suaminya. "Kau betul, inilah cangkir tercantik yg pernah aku lihat, " ujar si datuk. Pada ketika mereka mendekati cawan itu, tiba-tiba cangkir yg dimaksudkan b'bicara.

"Terima Kasih untuk p'hatian anda, perlu diketahui bhwa aku dulunya tidak cantik.
Sebelum menjadi cawan yang d'kagumi, aku hanyalah selonggok tanah liat yg tidak berguna.
Namun suatu hari ada seorg penjunan dgn tgn kotor m'lempar aku ke sebauh roda b'putar.

Kemudian ia mulai m'mutar-mutar aku sehingga aku merasa pening.
Stop! Stop! Aku b'teriak.
Tetapi org itu b'kata, "Belum !"
lalu ia mulai menyodok dn m'ninju aku b'ulng-ulng.
Stop! Stop! teriakku lagi. tapi org itu masih saja m'ninjuku, tanpa m;hiraukan teriakku.
Bhkan lebih buruk lagi ia m'masukkan aku ke dlm api.
Pnas! Panas! Teriakku dgn kuat. Stop! Cukup! Teriakku lagi.
Tapi org ini b'kata, "Belum! Akhirnya ia m'ngangkat aku dri api itu dn m'biarkan aku sampai sejuk.

Aku t'fikir, selesailah p'deritaanku.
Oh t'nyata belum.
Setelah sejuk aku d'berikan kpda seorg wanita muda n ia mulai m'warnai aku.
Asapnya begitu m'mualkan. Stop!Stop! Aku b'teriak.
Wanita itu b'kata "Belum! Lalu ia m'beriakn aku kpda seorg lelaki dan dia m'masukkan aku s'kli lgi dlm api yg lbh panas dari sebelumya.
Tolong! Hentikan p'yiksaan ini! Sambil m'ngis aku b'teriak s'kaut-kuatnya.
Tapi org ini x peduli dgn teriakkn aku. Dia terus m'bakarku.
Setelah puas "menyiksaku" kini aku dibiarkan sejuk.


Setelah benar-benar sejuk seorg wanita cantik m'ngangkatku dan m'nempatkan aku dekat kaca.
Aku m'lihat diriku. Aku t'kejut sekali.
Aku hmpir tidak p'cya, kerana di hadapanku b'diri sebuah cawan yg begitu cantik.
Semua k'sakitann dan p'deritaanku yg lalu m'jdi sinar tatkala kulihat diriku."
Datuk dan nenek itu terdiam m'bisu.
Lalu d'ceritakan kisah itu kepada cucunya.


Pengajaran dari kisah ini:

Seperti inilah kehidupan membentuk kita.
Dalam p'jlnn hidup akan banyak kita temui keadaan yg tidak m'yenangkan,
sakit, penuh p'deritaan, dan bnyak airmta.
Tetapi inilah satu-satunya cara untuk m'gubah kita supaya m'jdi "cantik"

Jgn lupa bhwa ujian yg kita alami tidak akan m'lebihi k'kuatan kita.
Ertinya tidak ada alasan untuk t'goda n jatuh dalm dosa apbila kita
sedang m'hdpi ujian hidup, jgn kecil hati,
kerna Allah S.W.T sedg m'bentuk anda.
Bentukkan ini memg m'yakitkan ttpi setelah semua proses itu selesai,
kita akan m'lihat betapa cantiknya Allah S.W.T m'bentuk kita
untuk k'hidupan yg lbh baik n b'makna
di hari kemudian n hari p'balasan ( Akhirat)...

AllahuAlam..
Wsalam..

Tips Pelajar Cemerlang...


Assalamualaikum semua..^_^
hari nie k.sue ingin kongsikan bebrpa tips tok m'jdi pelajar cemerlang..
siapa xnk jdi cemerlng kn??
semua org nk jdi cemerlng kn??
wlaupun kwn2 n shbt2 semua dh start exam xaplah entry nie blh d'gunakn tok next sem..hehe2..
k.sue wt nie pn m'mndgkn awl thun bru n adik2 kita dh start sekolh kelmrin n hari nie.
so, dyorg pn blh guna gak..
eh bnyk lah coletehnya..hehe3


Tip 1:
Tuhan mencipta kita dgn penuh k'sempurnaan.
Bertindaklah dgn cemerlng..

Tip 2:
Pelajar yg x disiplin smasa beljar besar k'mungkinn x b'disipln s'pnjg hayat

Tip 3:
Semua org mahu b'jaya ttpi cuma s'gelintir yg b'jya kerna mereka b'jya m'gawal nafsu & emosinya

Tip 4 :
Kita mudah lupa apa yg kita dengar.
Kita sekadar tahu apa yg kita lihat.
Kita akan faham apa yg kita amalkan @ praktikkn..

Tip 5 :
Apabila kita belajar dgn ilmu tok b'kongsi ilmu @pn m'gajar org lain,
kita akan dapat k'fahaman n daya ingatan yg luar biasa.

Tip 6:
Setiap hari carilah alasan untuk berubah secara positif.

Tip 7 :
D'dlm dunia ini, cuma kita b'upaya m'gubh diri kita

Tip 8 :
Apabila kita b'rubah, semua org d'sekeliling kita akn b'rubh seiringan dgn p'rubhn kita.

Tip 9 :
Setiap masalah b'punca dripada diri kita sendiri.
Kita yg perlu m'yelesaikannya.

Tip 10:
Segala k'hebtn sudah sedia ada dlm diri kita.
Sekadar m'nnti tok d'serlhkn sahaja.

Tip 11:
Org biasa yg m'lakukn tindakan luar biasa akn m'hsilkan prestasi luar biasa.

Tip 12:
Jadikn setiap hari adalah hari t'baik n s'pnjg k'hidupn anda akn cemerlg..

Tip 13 :
Kejayaan = Hidayah + Ilmu + Amal + Ikhlas + Istiqamah + B'terusn b'rubh secara positif.

Tip 14 :
K'jayaan adalh m'lakukn rutin yg positif secara b'terusan.

Tip 15 :
K'gagalan adlh m'lakukn satu @pun 2 k'slhn b'ulg kali.

Tip 16:
Org yg p'yayang akan d'kelilingi oleh rmai org yg sayang kpdnya.

Tip 17:
Org yg p'bnci akn d'keliling oleh org ramai org yg bnci kpdanya.

Tip 18:
Pelajar yg serasi rohnya dgn gurunya akan m'dpt k'berkatan Ilmu.

Tip 19:
sayangi n doakn semua guru tok serasikn roh dgn guru n m'dpt k'berkatn Ilmu.

Tip 20:
Sayangi, bntu n doakn semua kwn2 anda bgi m'dpt k'berktn dlm p'belajaran.

Tip 21 :
Maafkn semua org seblm tidur setiap malm bgi m'cuci hati n m'cerdaskn minda.

Tip 22:
Org yg hatinya bersih makbul doanya, cerdas otaknya, sihat badannya, cun wajahnya n ramai kawannya.

Tip 23 :
Mulai hari ini p'baiki setiap tindakan n amalan kita tok m'jdi pelajar t'bilng.

Tip 24 :
Jadikn diri anda sbgai "besi berani" yg sentiasa m'narik p'kara positif kpda diri anda.

Tip 25 :
sedarilh hakikt bhawa setiap p'rubhn yg anda lakukn akn m'gubh dunia di sekitar anda.

Tip 26 :
Anda x boleh b'rubh selgi anda x m'nerima hakikat yg anda perlu berubah.

Tip 27:
Langkah pertama tok b'rubh ke arah yg lbh cemerlng adalh dgn m'nerima hakikat yg anda sebnrnya b'mslh.

Tip 28:
Org cemerlng m'nunjukkn hasil.
Org yg gagal m'beri alasan.

Tip 29:
Kenali diri anda yg sebnr seblum anda dpt m'yerlhkn k'cemerlngan diri anda.

Tip 30 :
Tuhan bertindak spt mana yg d'fikirkn oleh hambanya.

Cukuplah setakat ini shja tips2 yg dpt k.sue kongsikan..
ap2 pn tggu smbungannya d'hari n d'waktu yg lain jika d'pnjgkn umur lagi..
ok truakan p'juangan sahbat2 semua..
chayok2..
wsalam..@_@