Monday, September 19, 2011

Tentang Dia


Seorang gadis biasa yg sentiasa tersenyum manis mengharungi liku-liku kehidupan.
Kadang-kadang dia tersungkur juga dengan perjuangan yang dilalui
tetapi erti mengalah dan berputus asa tiada dalam kamus hidupnya.

Semenjak di bangku sekolah rendah mahupun di zaman tadika lagi
dia di anggap seorang pelajar yang bijak dan aktif.
Kerana satu penyakit, dia tidak berpeluang meneruskan perjuangannya dalam bidang sukan olahraga. Satu ketika dulu dia sangat bangga dengan pencapaian sukannya.
Walaubagaimanapun dia tetap meneruskan minatnya dalam bidang sukan dalam sukan bola jaring, bola baling dan bola tampar.
Malahan dia juga aktif dalam persatuan dan kelab sehingga dilantik sebagai pengerusi. Pencapaiannya dalam akademik selalu dibanggakan oleh ibu bapa,
keluarga dan guru-gurunya tetapi nasib tidak memihak kepadanya apabila keputusan UPSR keluar. Walaupun sedih dengan keputusannya,
dia tetap memunasabah dirinya sendiri dan berkat sokongan dari abangnya yang tercinta dia bangun dan nekad untuk meneruskan perjuangannya kerana abangnya tahu tahap kemampuan dan kebolehan adiknya itu.

Kerana cinta seorang abang kepada adiknya,
dia diminta bersekolah di sekolah bestari berdekatan dengan rumah abangnya.
Bahagianya dia bersekolah di situ kerana suasana yang baru dan guru-guru yang sangat peramah disamping kawan-kawan yang baik.
Tetapi kebahagianya hanyalah di sekolah sahaja kerana di rumah dia berasa kesunyian yang amat sangat kerana abang dan kakak iparnya berkerja.
Tambahan lagi itulah kali pertama dia berjauhan dengan ibu bapanya.
Kadang-kadang dia menangis keseorangan.

Berada 1 bulan di sekolah itu, dia mengambil keputusan untuk balik bersekolah berdekatan dengan ibu bapanya. Maka bermulalah perjuangan dan liku-liku seorang pelajar sekolah menengah di sekolahnya yang tercinta itu.


Di sekolah itu lah pahit manis kehidupan seorang pelajar dan dia sangat merindui saat-saat itu kini.
Disitu lah dia bertemu kembali dengan “first love”nya tetapi dia tidaklah bercinta kerana baginya dia tidak pandai untuk bercinta dan tiada istilah cinta pun baginya ketika itu.
Hari ke hari minggu ke minggu maka jadilah dia seorang pelajar yang meneruskan perjuangannya dan di sekolah itu juga dia bertemu dengan “kawan sejati”nya yang sehingga kini tiada galang penggantinya.

Saat perpisahan pertamanya dengan ibu bapanya ketika dia mengambil keputusan untuk berada di asrama.
Di situ juga menjadikannya lebih matang untuk belajar lebih berdikari di samping dengan keadaan asrama ketika itu. Maka segala kekusutan,
masalah dan cabaran menghadapi karenah-karenah kawan-kawan, kakak-kakak dan adik-adik bermula. Walaubagaimanapun dia tetap meneruskan perjuangannya dan sekali lagi dia diuji bila keputusan exam akhir yang menentukan kelayakkannya berada di kelas mana-mana tersilap.
Lalu dia mengambil keputusan tidak mahu berpindah ke kelas yang sepatutnya dia berada dengan kelayakkannya asalkan kesilapan teknikal itu dibaiki.
Di saat dia berusaha untuk menunaikan amanah keluarganya, sekali lagi nasib tidak memihak kepadanya juga dan di situ bagaikan sekali lagi dia kalah dalam perjuangannya.

Sekali lagi kakak-kakak dan abangnya menyokongnya untuk meneruskan perjuangannya.
Ketika itu ada juga perasaan yang timbul menyalahkan Allah S.W.T kerana tidak membantunya tetapi apabila dia merenung balik mungkin bukan tiba masanya dia memperolehi kejayaan dan mungkin dia akan dapat yang lebih baik,
perasaan itu terhapus dengan sendiri dan dia tetap meneruskan perjuangannya yang masih panjang dan akan tamat sehingga dia mati kelak.
Baginya selagi dia masih hidup dia akan terus berjuang dan berjuang.

Di situ juga dia kembali sedih kerana dia bakal kehilangan kawan baiknya yang selama ini menyokong dia dan sentiasa berada di sisinya tidak kira ketika senang ataupun susah. Sehingga saat ini juga dia masih berhajat dapat berjumpa kembali dengan kawan baiknya itu.
Bagaikan Allah S.W.T memberi cahaya kepadanya.

Pemergian kawan baiknya itu untuk meneruskan perjuangan fisabilillah di ganti dengan 10 kawan baik dan menjadikan mereka satu geng. Kemana sahaja mereka pergi mesti bersama ketika di alam sekolah itu.
Kadang-kadang kemesraan dan keakraban mereka di cemburi tetapi mereka tetap berteguh. Makan, minum, belajar dan bergurau senda sentiasa bersama walaupun satu ketika ada juga ketika mereka berselisihan pendapat dan bertikam lidah.
Tetapi biasalah itu adalah adab dalam berkawan.
Macam-macam karenah mereka membuatkan adik-adik asrama kagum dengan semangat persahabatan mereka kerana mereka tidak pernah berpecah.
Segala masalah di selesaikan bersama-sama dan tempat kegemaran mereka berkumpul menjadi saksi janji-janji mereka.

Kini masing-masing membawa haluan masing-masing tetapi kawan-kawannya itu tidak pernah dilupai oleh dia kerana baginya itulah hartanya ketika di alam sekolah dulu.
Di alam sekolah menengah juga dia seorang yang aktif dalam kokurikulum.
Menjadi AJK tertinggi dalam persatuan, kelab mahupun sukan memberi tanggungjawab kepadanya untuk memikul amanah yang diberi.
Kepercayaan cikgu yang amat disayanginya sentiasa di pegang dan di tunaikan sebaik mungkin walaupun kadang-kadang dia merasai dia tidak layak memegang jawatan yang diberikan.
Keperitan di fitnah, di umpat dan di hina di sekolah membuatkannya kini berhati-hati dalam berkawan kerana pengalaman di tikam oleh kawan yang dianggap baik membuatkan dia seorang yang mudah pemaaf menjadi seorang yang berhati kental dan hingga kini kejadian yang memalukannya itu diingati hingga kini.

Walaupun mulutnya mengatakan maaf kepada kawannya itu,
tetapi di sudut hati kecilnya dia masih tidak dapat memaafkan kawannya itu.
Segala jasa baik dan pengorbanan seorang kawan hanya dibalas dengan keburukan memberikan impak kepada gadis ikhlas itu.
Cukuplah dia menangis mengenangkan apakah salahnyasehingga orang yang dia sayangi dan rapat ketika itu berjauhan dan memandang serong terhadapnya.
Memang betul Allah S.W.T sentiasa memakbulkan doa orang yang dianayai.
Berkat doanya siang dan malam untuk memberi petunjuk dalam kekusutan dan ujian yang menimpanya itu akhirnya menemui puncanya.
Kerana hasad dengki dan yang paling menyedihkan kerana “cinta monyet” kawannya itu sanggup menikamnya dari belakang.
Kesabaran gadis yang dianggap “koya” dan “jual mahal” oleh sesetengah pelajar sekolah itu kadang-kadang di tahap minimum juga kerana selama ini dia hanya memendam perasaan sahaja.
Kisah percintaannya juga ada menyelebungi gadis yang keldil ini walaupun perasaan itu tidak di undang.

dalam diam dia juga mempunyai “secret admire” tetapi dia sendiri tidak mengenali lelaki itu sehingga kini dan hanya nama sahaja yang dia tahu sedangkan lelaki itu mengetahui sedikit sebanyak tentangnya.
Kadang-kadang kemesraan dan kebaikkannya disalah erti dan di salah faham oleh sesetengah pihak. Kerana perasaan cinta yang di Anugerahkah oleh Maha Pencipta kepada semua hambanya,
dia terpaksa melupakan dan menjauhkan diri daripada persahabatan.
Malahan persahabatan yang akrab juga menjadi lain dan kerana perasaan itu juga dia dapat melupakan “first love”nya.
Walaupun masing-masing tidak saling mengakuinya tetapi entah kenapa macam ada sesuatu yang mengiakan perasaan dia dengan si dia tetapi dia tidak menjalinkan hubungan cinta sekalipun kerana baginya belajar itu lebih penting.
Setelah berbulan-bulan menunggu keputusan SPM,
entah kenapa hatinya terbuka untuk menerima
seseorang yang sudah lama meminati dan mencintainya.
Dalam proses cuti itu dia juga berkerja untuk mencari
pengalaman dan merasai duit poket sendiri.
Hubungan dia dengan si dia ketika itu sentiasa bahagia dan tiada masalah walaupun hubungan mereka dirahsia oleh banyak pihak.
Biasalah lelaki selalu muncul dan pergi dalam hidupnya.
Ketika dia bekerja juga ada juga yang meminatinya walaupun dia sudah ada seseorang tetapi dia bukanlah seorang gadis yang mahukan keseronakkan semata-mata sahaja.
Di saat mereka berhubungan baik, seperti Allah S.W.T telah membuka hatinya yang hubungan mereka jika di teruskan juga akan membawa padah kerana banyak halangan yang harus mereka berdua tempuhi.
Walaupun saat itu dia mula menyayangi lelaki pertama yang berjaya membuka hatinya menerima seseorang insan yang bergelar lelaki, dia terpaksa juga melepaskankan juga untuk kebaikannya di masa depan dan untuk kebaikan semua walaupun hatinya ketika itu berat.

Seperti dahulu, hidupnya selalu sahaja ada pengganti tetapi bukan bermaksud pengganti untuk kekasihnya itu. Di saat proses perkenalan seterusnya dia masih memperjuangkan perjuangannya. Alhamdulillah dia dapat melanjutkan pelajarannya ke pra U di rantauan walaupun ibunya selalu mendesak dia sentiasa memilih tempat pengajiannya berdekatan dengan keluarganya.
Takdir Allah tiada yang tahu, dia mula berjauhan dengan ibu bapanya di tempat orang dan begitu asing baginya.
Setiap kali mengenangkan wajah kegembiraan ibu bapanya yang bangga dengan keperolehannya melanjutkan pelajaran ke tempat yang tidak pernah ahli keluarganya dapat ke sana,
dia meneruskan perjuangannya walaupun dia merasakan dia tidak mampu.
Di tempat baru itu dia dapat mengenali kawan-kawan baru dan seterusnya menjadi kawan baiknya hingga kini.
Biasalah hidup dalam belajar sememangnya banyak yang harus di tempuhi untuk memperolehi kejayaan.
Di sana juga dia dapat mendekatkan dirinya lagi dengan Maha Pencipta Alam.
Setiap hari dia jika tiada halangan dia akan menjalani ibadahnya di rumah “KEKASIH”nya dan segala luahan hatinya selalu dirintihkan di situ.
Dia merasakan tiada tempat tenang di sana selain rumah Allah S.W.T itu dan sehingga kini dia sangat merindui tempat itu.


Ujian juga tidak akan lepas dari hidup manusia dan tidak kecuali dirinya. Sekali lagi Allah mengujinya di saat dia sedang bersiap sedia untuk berperang,
kemunculan seorang lelaki entahlah kenapa mudah untuknya berkenalan tetapi Allah S.W. T
sangat menyayanginya dan menunjukkan siapa sebenarnya lelaki itu.
Sekali lagi hatinya benar-benar terguris dan dia masih seorang yang kuat
kerana dia tidak sesekali menangis kerana seorang lelaki.
Biasalah lelaki senang sangat melupakan seorang perempuan tetapi baginya tidak semudah itu.
Di situ juga dia berjanji akan menunjukkan dia boleh di depan lelaki itu dan meneruskan perjuangannya.
Dia masih meneruskan perjuangannya walaupun kadang-kadang keletihan menjelma tetapi dia masih boleh tersenyum bagaikan tiada masalah yang menimpanya.
Mana mungkin tiada masalah dalam dunia ini tetapi dia selalu menyembunyikan kesulitan yang menimpanya kerana dia tidak ingin orang lain tahu akan masalahnya.
Satu ketika dia ingin melupakan tentang perasaannya seketika,
seorang lelaki pula yang pernah bekerja dengannya meluahkan isi hatinya kepadanya. Walaubagaimanapun mereka berhubungan berprofesional walaupun kadang-kadang kawannya mengatakan ada hikmah di sebalik kejadian itu.
Dia tidak mahu mendengar bisik-bisikan orang lain kerana baginya dia tidak melakukan apa-apa kesalahan pun malah tiada perasaan sekalipun terhadap lelaki tersebut.

Akhirnya penat lelahnya di sana akhirnya berakhir dan dia sangat bersyukur kerana dia berjaya menghabiskan pengajiaannya di sana dan dapat memenuhi hajat ibu bapanya.
Proses menunggu keputusan dan mengetahui ke mana seterusnya destinasi untuk dia berjuang di manfaatkan sebaik mungkin walaupun kali ini dia tidak bekerja.
Kenangan yang dia tidak akan sesekali dia lupa apabila dia akhirnya dapat menunaikan janjinya kepada ibunya yang ingin sangat melihatnya melanjutkan pengajian
dalam bidang pekerjaan itu tercapai.
Di saat ibunya memeluknya kerana perasaan kegembiraan,
dia menitiskan air mata kegembiraan kerana salah satu impian ibunya tercapai
dan ahli keluarga yang lain juga gembira.
Sekali lagi perjuangan yang tidak akan berhenti akan ditempuhi oleh seorang gadis yang tidak pernah rasa penat mencari dan menuntut ilmu .

Sebelum ke tempat baru bagi memperjuangkan tanggungjawab sebagai anak bangsa, dia tidak pernah lupa akan jasa guru-gurunya yang banyak membantu
sehingga dia dapat memperoleh kejayaan hingga ke tahap sekarang.
Iringan doa guru-guru sentiasa mengiringi pemergian dia ke tempat baru itu.

Biasalah semakin dewasa seorang anak akhirnya akan meninggalkan ibu bapanya juga satu hari nanti.
Begitu juga dengan dia sekali lagi dia berhijrah ke perataun
tetapi kali ini ibu bapanya tidak terlalu bimbang kerana tempat
pengajiannya berdekatan dengan ahli keluarganya.
Perhijrahannya ke tempat baru itu dihantar oleh sebahagian besar
ahli keluarganya yang selalu berada di sampingnya setiap kali dia
dalam kesusahan dan yang selalu memberi semangat kepadanya.
Seperti biasa dia sememangnya seorang gadis yang mudah menyesuaikan diri di tempat baru walaupun itu kali pertama dia menjejaki ke tempat ilmu tersebut.
Rupa-rupanya dia tidak keseorangan kerana ramai kenalannya berada
di situ dan mengambil krusus subjek yang sama.
Bersyukur kepada Ilahi kerana memudahkan lagi urusan berkenalan
dan proses pembelajaran mereka nanti.
Sememangnya menjadi lumrah kehidupan kemana sahaja dia pergi sekali
pun dia akan memperolehi kawan baru dan ini akan menambahkan kawan-kawannya.
Alhamdulillah hubungan yang terjalin di awal kakinya menjejaki
ke tempat ilmu itu utuh hingga kini dan dia amat bersyukur
di kurniakan teman-teman sedemikian walaupun kadang-kadang hatinya terasa atas perbuatan-perbuatan teman-temannya itu.
Allah S.W.T sentiasa berada di sisinya kemana sahaja dia pergi
dan itu tidak akan dinafikannya dan dia amat yakin Allah sentiasa membantunya.
Perkenalan dengan senior-senior menjadikan dia lebih mengetahui
selok belok belajar di tempat baru itu kerana suasana pembelajaran amat
berbeza dengan keadaan pengajiannya dahulu.

Di awal proses pembelajarannya, sekali lagi muncul lelaki yang dianggap seperti “abang” untuk memotivasikan dan memberi nasihat kepadanya di salah ertikan.
Walaupun lelaki itu pernah meluahkan hasrat hatinya, dia masih dalam keadaan delima dan tidak layak dan tidak yakin pada diri sendiri.
Entah kenapa dia sendiri tidak mengetahui isi hatinya terhadap lelaki demikian.
Perwatakan lelaki itu membuatkannya acuh tak acuh dalam perhubungan tersebut dan akhirnya percarian apa sebenarnya yang dimahui lelaki itu terjawab kerana baginya lelaki itu boleh datang tanpa dipinta dalam dirinya dan pergi tanpa dipaksa.
Baginya dia mendoakan kebahagian lelaki tersebut dalam mencari
peneman hidup kerana sememangnya dia mengetahui dari dulu lagi dia tidak layak untuk lelaki tersebut.
Entah mengapa wujud perasaan bodoh sekali lagi membuka
hatinya untuk seorang lelaki yang meminatinya.
Dia sendiri ketika itu pun keliru dengan keputusannya sendiri.
Banyak kali juga dia menyalahkan dirinya dengan tindakan bodohnya itu kerana
dia akan mengetahui juga akhirnya dia akan bakal melukakan hati lelaki yang amat menyayanginya itu.
Setelah hatinya kusut memikirkan masalah berkenaan bagaikan satu petunjuk dari Maha Kaya Pencipta Cinta ingin mengambil hatinya kembali untuk dijaga,
lalu dia memutuskan untuk mengakhiri hubungan yang tidak diredhai
dan direstui oleh ahli keluarganya di masa dia sedang menuntut ilmu itu.
Walaupun hatinya perit kerana terpaksa melukakan hati seseorang,
dia tetap tenang menjalani hidupnya kerana
segala beban yang ditanggung olehnya terlepas juga.
Kini, dia telah berjanji kepada dirinya cukuplah dia terpaksa melukakan hati
dua insan yang menyayanginya dan dia berharap hubungan
seterusnya mendatangkan kebahagian yang hakiki dan untuk selama-lamanya baginya.

Sekarang gadis yang naif itu tidak ingin memikirkan hal-hal yang remeh temeh kerana baginya buat masa sekarang baginya itu semua masih awal dan dia terlalu muda untuk memikirkan sejauh itu. Bagaikan meredhai dengan fitrah Penciptanya, dia menyerahkan segala urusan ajal maut dan jodoh di tangan “KEKASIH” abadinya.


Sehingga kini dia tidak perlu memikirkan hal-hal itu kerana dia amat kehausan cinta dari Pencipta Cinta itu sendiri.
Dia telah banyak berfikir dan membuat keputusan ke atas dirinya dan dia mengharapkan dia dapat istiqamah dengan keputusannya.

Siang malam meminta restu dan memanjat doa dari Allah S.W.T
untuk menjaga hatinya itu supaya tidak lagi dilukai oleh insan-insan yang bergelar lelaki.
Dia juga berjanji pada dirinya sendiri yang dia tidak akan sesekali
menyakitkan hati orang lain lagi kerana dia tahu bagaimana disakiti
dan dia juga berjanji tidak akan membenarkan hatinya dilukai lagi kerana
hanya dia sahaja yang berhak membenarkannya ataupun tidak.
Sesungguhnya dia mengharapkan pertolongan daripada Allah S.W.T
dan dia amat yakin Allah sentiasa berada dalam perjuangan dia itu.
Sememangnya hatinya amat tenang sekali dengan keputusan tersebut dan
dia tidak akan sesekali mempedulikan kata-kata orang mengenai dirinya
itu kerana hanya dia sahaja tahu apa yang dia buat dan hanya dirinya
sendiri yang mengenali hati budinya itu.
Penantian untuk meneruskan perjuangannya amat dinanti-nantikannya
dan tidak sabar rasanya untuk memulakan langkah barunya itu.
Dia amat berharap tidak akan muncul lagi insan yang bergelar lelaki
dalam hidupnya buat masa sekarang kerana dia yakin bila tiba masa dia benar-benar bersedia untuk melakukan ibadah tersebut.
Buat masa sekarang dia tidak memerlukan itu semua kerana banyak lagi cabaran dan impian-impiannya yang belum tercapai.

Dia tidak sesekali bergajak dengan keputusan yang dia ambil sekarang kerana dia tidak usah memeningkan kepala untuk memikirkan tentang masalah yang dicari
dan punca dari kebodohan dirinya sendiri.
Harapannya kini hanya untuk meraih cinta
dari Maha Agung yang sememangnya dia perlu berusaha keras dan
dia tidak akan sesekali berputus asa kerana tiada istilah menyerah kalah dalam kamus hidupnya.

Senyuman manis akan selalu mengiringi hidupnya yang
penuh dengan liku-liku kehidupan itu.
Setiap pengorbanannya akan dibalas sebaik mungkin
oleh Allah S.W.T dan
itu membuatnya dia semakin yakin dan terus yakin.
Amin!!!!

No comments:

Post a Comment