Thursday, April 3, 2014

Pinjaman daripadaNYA..


SubhanaAllah..
Alhamdulillah..
AllahuAkhbar..

Merenung sang hujan yang m'curah-curah ke bumi Murobbi..
Kesyukuran dipanjatkan kepada Ilahi..
Kadang-kadang gelisah, kadang-kadang tenang..
dan meneruskan pembacaannya.

Hati nuraninya sedih seperti air hujan yang menimpa bumi saat itu..
seperti hati naluri seorang ibu kepada "AHMAD AMMAR"..
yang dikira saat kematiannya amat dirindui oleh semua pemuda pemudi sekarang..

Dia masih meneruskan pembacaannya..
kerna yakin "Kakak" yang dijanjikan pasti m'nunaikan janjinya..
masih setia menanti..
telefonnya kehabisan bateri..
lalu membuat keputusan untuk bergerak ke BLOK 3..
masih berteduh dari Hujan yang mencurah-curah..


tiba-tiba terdetik di hatinya..
saat meneruskan pembacaannya itu..
andai berlaku kepada dirinya seperti kejadian yang menimpa "PN AZLINA"..
Adakah dia bersedia dan sekuat si ibu tersebut??

Lalu dia berfikir,
pernah x dia berfikir ataupun familynya terdetik yg berumur lebih muda dlm family itu akan pergi dahulu..
mungkin dia akan pergi dulu, ataupun mungkin adiknya pergi dulu..
dan pada saat itu, adakah dia bersedia??

Dia merenung kembali,
Allah menciptakan segala kejadian di bumi ini
dan alam semester ini hanyalah pinjaman semata-mata..
Aku diberi pinjaman kepda keluargaku,
sahabat-sahabatku dan kepada masyarakat yg m'genalinya..

Namun, sejauhmana kita dapat REDHA dengan kembalinya pinjaman tersebut
ataupun TUANNYA meminta balik pinjamanNYA itu..
Yang pasti saat itu pasti tiba dan andai bersedia ataupun tidak..
DIA pasti mengambil kembali HAKNYA itu..
Kerna APA??
Kerna itu adalah pinjaman daripadaNYA..

Lamunannya terhenti dan dia tersenyum manis..
kerna "KAKAK" itu telah tiba dan menunaikan janjinya..
dan itu dia yakin dan pasti kerana dia THIQAH kepada sahabat-sahabatnya itu..
dan sahabatnya itu jua adalah pinjaman daripadaNYA..

Allahualam..


~ciksepet~
ilham b4 IFTAR
040414
0206am..

No comments:

Post a Comment