Friday, October 14, 2011

PerBualan bayI DengAN peNCipTANYA sEBELUM KeLahiRaNNya...






Baca dan hayati kisah di bawah ini. 
Fahami mesej yang cuba disampaikan.
 Dan paling penting, amalkan ilmu yang anda dapat.

Adalah dikisahkan….
pada ketika seorang bayi akan dilahirkan ke dunia nyata.

Bayi itu bertanya kepada Tuhan :
 “Para malaikat di sini mengatakan bahawa besok 
Engkau akan mengirimkan saya ke dunia, 
tetapi bagaimana cara saya hidup disana? 
Saya begitu kecil dan lemah.”
Tuhan menjawab: 
“Aku telah memilih satu malaikat untukmu. 
Dia akan menjaga dan mengasihimu dengan sepenuh hatinya.”


Bayi bertanya lagi:
 “Tetapi disini, didalam syurga ini, apa yang saya lakukan hanyalah bernyanyi, 
bermain dan tertawa…
Inikan sudah cukup bagi saya untuk berbahagia.”
Tuhan menjawab: 
“Malaikat mu nanti akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. 
Dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan
 menjadi lebih berbahagia di sana”


Bayi bertanya lagi:
 “Bagaimana mungkin saya dapat memahami orang-orang bercakap 
dengan saya sedangkan saya tidak memahami bahasa mereka?”
Tuhan menjawab: 
“Malaikatmu akan berbicara kepadamu 
dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu dengar.
 Dan dengan penuh kesabaran dan perhatian.
 Dia akan mengajar kepadamu cara untuk berkata-kata.”

Bayi bertanya lagi: 
“Apakah yang boleh saya lakukan ketika saya
 ingin berbicara kepadaMu?”
Tuhan menjawab:
 “Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa 
dan bermunajat kepadaKu.”

Bayi bertanya lagi:
”Saya mendengar bahawa di Bumi banyak orang jahat. 
Siapa yang akan melindungi saya nanti?”
Tuhan menjawab: 
“Malaikatmu lah yang akan melindungimu, 
walaupun mungkin jiwa dan raga terpaksa dikorbankannya.’

Bayi bertanya lagi: 
“Tapi, saya pasti akan merasa sedih kerana tidak lagi dapat melihatMu lagi.”
Tuhan menjawab: 
“Malaikatmu akan menceritakan kepadamu tentang Aku
 dan akan mengajarkan bagaimana kamu nanti akan kembali juga kepadaKu, 
walaupun sesungguhnya
 Aku akan sentiasa disisimu.”

Pada saat itu,
 Syurga begitu tenang dan hening
 sehingga suara dari Bumi dapat jelas kedengaran.

Dan sang bayi bertanya perlahan : 
“Tuhan, jika saya terpaksa pergi sekarang ini, 
bolehkah Kamu khabarkan kepadaku
 nama malaikat yang Kamu maksudkan itu?”
Tuhan menjawab: 
“Kamu akan memanggil malaikatmu itu sebagai “IBU”.
 Maka ingatlah, 
sentiasa kamu berkasih sayang dengannya 
dan menghargai setiap pengorbanan ibu mu.
 Berbakti, berdoa dan cintailah dia sepanjang masa.
 Dialah satu-satunya harta mu yang tiada galang gantinya, 
dunia mahupun akhirat. “



sesungguhnya kebanyakkan
 "IBU" kini suka m'buang anak kecil yg comel ke merata-rata
 dan yg plg m'yedihkan k.sue sgp campak anak drpd tgkt 4
...bukannya m'lindunginya..apalah dosa bayi e2???
Sesungguhnya banyk pahala yg d'perolehi melalui jagaan bayi itu
...AllahuAlam..

Dan untuk para ibu,
 ingatlah kisah ini dikala kamu hilang sabar
 dengan karenah anak-anak mu yang sedang membesar. 
Sesungguh nya Syurga itu dibawah telapak kakimu.
Sucikanlah 4 perkara dengan 4 perkara :

Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan
Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu
Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Robb mu
Dosa-dosa mu yang lalu dengan taubat 
kepada Dzat yang Memiliki mu

Luv u Mum...
kaulah ratu hidupku tnpaMu siapalah K.sue skrg..
kaulah Segala-galanya Bgiku..
Slh 1 sebb p'juanganku sekrg adlh KERnamu Wahai ibuku..

khas untuk ibuKu "ROGGAYAH LATIFF"
dari Anakmu yg Hina iNI..

No comments:

Post a Comment